"Kereta jahat" ~ sesetengah orang menggelarkannya.Ada juga yang memanggilnya dengan nama 'smart car'.
Namun bila terlampau 'smart', ianya mendatangkan masalah kepada pemiliknya.
Demikianlah yang berlaku kepada kereta Chevrolet Nabira saya baru-baru ini.
Semuanya bermula dengan lampu 'Traction Control' menyala.Gear automatik seolah-olah telah shut-down.Lampu indicator untuk gear P, R, D, 1, 2 padam, hanya indicator gear 3 saja yang menyala, itupun malap.Lampu reverse pun tak menyala dan reverse alarm tak berbunyi.Namun kereta boleh start dan boleh jalan.
LIMP MODE.
Kereta dalam keadaan limp mode.Sakit hati betul...panjat bukit macam lori bawak beban keta kebal...merangkak!
Bawa ke bengkel untuk diperiksa.Mekanik mula check pakai komputer.Ada 2-3 code error keluar, saya tak ingat kesemuanya...dia cuba clear, berjaya ...tapi satu code tak berjaya dipadam iaitu code U2106.
Kod U2106 secara umumnya adalah merujuk kepada 'network communication' kereta, secara khasnya ianya merujuk kepada komunikasi data kepada TCM (Transmission Control Module) hilang / lost.
Ian mungkin disebabkan oleh wiring yang bermasalah atau fuse.
Mekanik memeriksa fuse dan wiring termasuklah sensor traction di bahagian tayar.Semua OK.
Pening.
Akhirnya mekanik 'suspek' pedal minyak yang bermasalah...Saya sangat meraguinya.Bawa pulang kereta dan bawak 2 3 hari pastu bawa jumpa mekanik lain, lain pula yang disuspekkannya..gear box, ECU dan bla bla bla...
Pendek cerita, saya bawa pulang kereta dan melakukan pemeriksaan sendiri.
Saya bermula dengan memeriksa bahagian fuse ~ SEMUA FUSE YANG ADA KAITAN dengan perkataan TRANSMISSION, ABS dan TRACTION saya periksa..Alhamdulillah, fuse nombor 23 didapati telah kaput. Saya gantikannya dengan fuse baru dan kereta saya pulih serta merta seperti sediakala..

Hi, saya cuba tengok fuse dan tukarnya, Tidak ada perubahan
ReplyDeletecuba scan pakai Opcom.lihat kod errornya. mssalah lain boleh jadi kerosakan MAF sensor
ReplyDeleteBoleh kasi nombor bengkel yg buat computer check tak....gambar kereta jahat asyik keluar. Whatsappkan nombor pada saya 0167027449
ReplyDeleteAduhhhhhhh Sya baru nk amik kereta ni banyak ke masalah
ReplyDeletemasaalah saya bukan setakat traction control je menyala abs dan lambang engine pon menyala dan masaalah paling utama apabila engine sudah panas susah nak undur kereta knp ye
ReplyDeleteSudah settle tak ..saya pun ada masalah ni? Boleh whatsapp saya 0165915945
DeleteBoleh whatsapp saya? Saya pun ada masalah ni
ReplyDelete0165915945
Delete