"Kereta jahat" ~ sesetengah orang menggelarkannya.Ada juga yang memanggilnya dengan nama 'smart car'.
Namun bila terlampau 'smart', ianya mendatangkan masalah kepada pemiliknya.
Demikianlah yang berlaku kepada kereta Chevrolet Nabira saya baru-baru ini.
Semuanya bermula dengan lampu 'Traction Control' menyala.Gear automatik seolah-olah telah shut-down.Lampu indicator untuk gear P, R, D, 1, 2 padam, hanya indicator gear 3 saja yang menyala, itupun malap.Lampu reverse pun tak menyala dan reverse alarm tak berbunyi.Namun kereta boleh start dan boleh jalan.
LIMP MODE.
Kereta dalam keadaan limp mode.Sakit hati betul...panjat bukit macam lori bawak beban keta kebal...merangkak!
Bawa ke bengkel untuk diperiksa.Mekanik mula check pakai komputer.Ada 2-3 code error keluar, saya tak ingat kesemuanya...dia cuba clear, berjaya ...tapi satu code tak berjaya dipadam iaitu code U2106.
Kod U2106 secara umumnya adalah merujuk kepada 'network communication' kereta, secara khasnya ianya merujuk kepada komunikasi data kepada TCM (Transmission Control Module) hilang / lost.
Ian mungkin disebabkan oleh wiring yang bermasalah atau fuse.
Mekanik memeriksa fuse dan wiring termasuklah sensor traction di bahagian tayar.Semua OK.
Pening.
Akhirnya mekanik 'suspek' pedal minyak yang bermasalah...Saya sangat meraguinya.Bawa pulang kereta dan bawak 2 3 hari pastu bawa jumpa mekanik lain, lain pula yang disuspekkannya..gear box, ECU dan bla bla bla...
Pendek cerita, saya bawa pulang kereta dan melakukan pemeriksaan sendiri.
Saya bermula dengan memeriksa bahagian fuse ~ SEMUA FUSE YANG ADA KAITAN dengan perkataan TRANSMISSION, ABS dan TRACTION saya periksa..Alhamdulillah, fuse nombor 23 didapati telah kaput. Saya gantikannya dengan fuse baru dan kereta saya pulih serta merta seperti sediakala..
